Kami mengalu-alukan berita/rencara dari pelawat untuk diterbitkan di dalam laman ini terutama berita/isu tempatan.
Sila email kepada
ictpaspb @ gmail.com
semakan_spr.png

Login Form






Lost Password?

Utama arrow Berita arrow Berita Tempatan arrow Ceramah Dato' Seri Abdul Rahman Maidin hangatkan suasana pilihanraya di Parit Buntar
Ceramah Dato' Seri Abdul Rahman Maidin hangatkan suasana pilihanraya di Parit Buntar PDF Print E-mail

PARIT BUNTAR, 24 Jan. :  Usaha Lujnah Penerangan PAS Kawasan Parit Buntar menjemput tokoh-tokoh hebat menyampaikan ceramah di Parit Buntar menaikkan suhu politik semakin hampir dengan pilihanraya umum ke 13.

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, Sebelum ini PAS Parit Buntar membawa turun Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berceramah di Parit Buntar.

" Kali ini PAS Parit Buntar menjemput seorang lagi tokoh ternama iaitu Dato' Seri Abdul Rahman Maidin , seorang ahli korporat terkemuka yang menyertai PAS baru-baru ini.

Menurut Fakhrurrazi Haji Khalid,  Dato' Seri Abdul Rahman Maidin seorang ahli korporat yang telah terlibat dalam bidang pelaburan, kewangan, infrastruktur, teknologi, media dan komunikasi selama 32 tahun.

" Beliau telah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang semasa berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor. 

 

“ Lebih 1500 orang tidak berganjak dari Dataran Purnama Kampung Kedah mendengar ceramah beliau yang  pertama kali berceramah di Parit Buntar” katanya

Pada sebelah petangnya , Dato' Seri Abdul Rahman Maidin menghadiri Majlis Minum Petang di Simpang Tiga, Kuala Kurau.

Majlis Minum Petang anjuran Pakatan Rakyat Parit Buntar itu turut dihadiri Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husin dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari.

Sementara itu, Dato' Seri Abdul Rahman Maidin dalam ucapannya memberitahu beliau menyertai PAS didorong oleh prinsip perjuangan parti itu yang konsisten menekankan kebajikan dan keadilan rakyat.

"PAS memastikan semua rakyat di negara ini dibela berteraskan Negara Berkebajikan yang selari dengan prinsip dan azam saya untuk Malaysia pada masa depan,"katanya

Beliau kesal dengan isu-isu berkaitan hak dan kebajikan rakyat dalam pelaksanaan dasar di bawah kerajaan Umno-BN yang lebih banyak memusnahkan masyarakat sama ada di luar bandar mahupun di bandar.

"Saya yakin segala polisi yang menindas rakyat perlu dihapuskan dan diganti dengan satu reformasi sistem dan dasar yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat dalam penggubalan dan pelaksanaannya,"katanya

 
 
 

 

 

 
< Prev   Next >
Google

RSS Laman PAS Parit Buntar
RSS Berita Tempatan
RSS Berita Negeri
RSS Berita Semua 
(utk bloggers, boleh copy paste mana-mana link di atas ke dalam Bloglist)



Untuk menyumbang dana
--- sila salurkan melalui ---

Akaun PAS Kawasan Pt Buntar
 Bank Islam M'sia Berhad 
atas nama
PAS Kawasan Parit Buntar
(08022010016590)

--- atau melalui ---

Tabung Dana Perihatin
Bank Muamalat M'sia Berhad

atas nama
Jkuasa Dana JPR Pt Buntar
(0801-0000839-71-1)

--- atau melalui ---

Tabung Pembangunan Markaz
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Pembangunan Markas PAS Pt Buntar
(08022010022622)

--- atau melalui ---

Tabung Lajnah Kebajikan
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Dana Kebajikan Parit Buntar
(
08022010048488)


Stats Counter



Laman Web Rasmi PAS Parit Buntar diterbitkan oleh Lajnah IT, PAS Kawasan Parit Buntar
Semua tulisan di dalam laman ini tidak semestinya melambangkan pandangan Parti kecuali jika dikatakan demikian
© 2014 PAS Parit Buntar
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.