Kami mengalu-alukan berita/rencara dari pelawat untuk diterbitkan di dalam laman ini terutama berita/isu tempatan.
Sila email kepada
ictpaspb @ gmail.com
semakan_spr.png

Login Form






Lost Password?

Utama arrow Berita arrow Berita Negeri arrow PR Perak cabar BN Perak debat terbuka
PR Perak cabar BN Perak debat terbuka PDF Print E-mail

IPOH, 11 Jan. : Pakatan Rakyat (PR) negeri menjemput Barisan Nasional (BN) mengadakan debat terbuka pada 23 Januari ini berhubung isu pembentukan kerajaan PR Perak pada 2008 yang didakwa dipengaruhi oleh rasuah tanah.

Setiausaha Sekretariatnya, Dr Khairuddin Abdul Malek berkata, draf surat jemputan rasmi kepada pimpinan BN untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, pihaknya turut meminta kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memberikan kelulusan Dewan Bandaran Ipoh sebagai lokasi debat selain turut meminta Sinar Harian menjadi orang tengah kepada debat berkenaan.

“Kita akan tampilkan dua pendebat dari PR, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan kita minta BN tampilkan pimpinan mereka untuk berdebat.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, debat itu dianjurkan bagi memastikan politik negara dipenuhi dengan politik fakta dan bukannya politik murahan fitnah bagi meraih sokongan rakyat.

“Debat itu dibuat memandangkan pelbagai tohmahan isu-isu kepentingan rakyat Perak telah dilontarkan oleh pimpinan BN khususnya di kawasan luar bandar bagi mengelirukan rakyat.

“Kita sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu berkenaan namun respons akar umbi kita menyatakan pimpinan BN di kawasan masih menggunakan isu berkenaan memfitnah PR bagi tujuan meraih sokongan rakyat,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar, di sini, semalam.

Abu Bakar menambah, atas dasar itu, PR sebulat suara mencabar kepimpinan BN Perak mengulang apa yang didakwa dalam dewan dinyatakan di luar sidang dewan dengan berdebat.

“Kita cabar mereka untuk mengulang ucapan itu di luar dewan dan jangan berselindung di balik kekebalan sidang Dun pada debat yang bakal kita anjurkan kelak,” katanya lagi.

Pada persidangan kedua, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke-12, Disember lalu kecoh apabila beberapa wakil rakyat BN membangkitkan pemberian tanah melibatkan dua pemimpin DAP Perak sebagai habuan bagi melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak.

Kekecohan bermula apabila Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) yang mempersoalkan adakah kerajaan Kelantan yang diterajui Pas turut terlibat dalam memastikan calon daripada parti itu dilantik sebagai menteri besar Perak membahaskan Belanjawan Perak 2013 di persidangan Dun berhubung isu tanah di Perak.

Sebelum ini, blog Pisau.net turut menyiarkan dakwaan Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming ditawarkan tanah itu sebagai balasan menerima Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar pada 2008.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pimpinan DAP Perak sebagai habuan memastikan Mohammad Nizar dilantik Menteri Besar Perak pada 2008.SH
 
< Prev   Next >
Google

RSS Laman PAS Parit Buntar
RSS Berita Tempatan
RSS Berita Negeri
RSS Berita Semua 
(utk bloggers, boleh copy paste mana-mana link di atas ke dalam Bloglist)



Untuk menyumbang dana
--- sila salurkan melalui ---

Akaun PAS Kawasan Pt Buntar
 Bank Islam M'sia Berhad 
atas nama
PAS Kawasan Parit Buntar
(08022010016590)

--- atau melalui ---

Tabung Dana Perihatin
Bank Muamalat M'sia Berhad

atas nama
Jkuasa Dana JPR Pt Buntar
(0801-0000839-71-1)

--- atau melalui ---

Tabung Pembangunan Markaz
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Pembangunan Markas PAS Pt Buntar
(08022010022622)

--- atau melalui ---

Tabung Lajnah Kebajikan
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Dana Kebajikan Parit Buntar
(
08022010048488)


Stats Counter



Laman Web Rasmi PAS Parit Buntar diterbitkan oleh Lajnah IT, PAS Kawasan Parit Buntar
Semua tulisan di dalam laman ini tidak semestinya melambangkan pandangan Parti kecuali jika dikatakan demikian
© 2014 PAS Parit Buntar
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.