Kami mengalu-alukan berita/rencara dari pelawat untuk diterbitkan di dalam laman ini terutama berita/isu tempatan.
Sila email kepada
ictpaspb @ gmail.com
semakan_spr.png

Login Form






Lost Password?

Utama
Tahaluf Siyasi bukan semata-mata untuk tumbangkan UMNO PDF Print E-mail

TELUK INTAN, 21 Jun : Penglibatan PAS bertahaluf siyasi dengan parti-parti lain bukan semata-mata untuk menolak kezaliman UMNO malah ia lebih jauh daripada itu. Demikian telah dinyatakan oleh ahli jawatankuasa Lujnah Tarbiyah PAS Pusat, Ustaz Abdul Kadir Al Joofree semasa membentang kertas kerja dalam program Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Beliau yang juga merupakan Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membentang kertas kerja bertajuk "Tahaluf Siyasi : Garis Panduan Dari Prespektif Islam" dari Majlis Syura Ulama PAS.
 
Menurut Ustaz Syed Abdul Kadir, tahaluf siyasi bukan satu matlamat bagi PAS tetapi ia adalah satu jalan atau strategi. Oleh itu, perjuangan PAS bukan sekadar bertahaluf siyasi dan menumbangkan UMNO/BN malah ia lebih daripada itu iaitu mencapai keredhaan Allah SWT.
Menurut pegawai Majlis Syura Ulama itu lagi,  ahli-ahli PAS sepatutnya mengambil peluang tahaluf siyasi ini dengan melebarluaskan lagi medan dakwah mereka di samping mengukuhkan kedudukan politik.

Berdasarkan kepada penelitian kepada dalil-dalil serta realiti kedudukan politik di Malaysia, enam perkara penting perlu dijadikan garis sempadan Tahaluf Siyasi. Enam perkara tersebut adalah seperti berikut:

1. Tahaluf mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam.

2. Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan.

3. Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bukan kepada Pakatan Tahaluf.

4. Tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.

5. Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak.

6. Majlis Syura ‘Ulamak mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siasi berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah syar'iyyah dari semasa ke semasa.
 
Sesi pertanyaan sedang berjalan.

Para hadirin mengambil peluang bersalaman dengan Ustaz Syed.

Akhirnya, beliau menekan PAS akan memastikan bahawa dasar-dasar parti dan Islam tidak akan tergadai apabila bertahaluf siyasi.

Kehadiran para ahli PAS dan penyokong adalah di luar jangkaan di mana kehadiran orang ramai telah memenuhi ruang dalam dewan markaz.

intanhijau.blogspot.com
 
< Prev   Next >
Google

RSS Laman PAS Parit Buntar
RSS Berita Tempatan
RSS Berita Negeri
RSS Berita Semua 
(utk bloggers, boleh copy paste mana-mana link di atas ke dalam Bloglist)



Untuk menyumbang dana
--- sila salurkan melalui ---

Akaun PAS Kawasan Pt Buntar
 Bank Islam M'sia Berhad 
atas nama
PAS Kawasan Parit Buntar
(08022010016590)

--- atau melalui ---

Tabung Dana Perihatin
Bank Muamalat M'sia Berhad

atas nama
Jkuasa Dana JPR Pt Buntar
(0801-0000839-71-1)

--- atau melalui ---

Tabung Pembangunan Markaz
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Pembangunan Markas PAS Pt Buntar
(08022010022622)

--- atau melalui ---

Tabung Lajnah Kebajikan
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Dana Kebajikan Parit Buntar
(
08022010048488)


Stats Counter



Laman Web Rasmi PAS Parit Buntar diterbitkan oleh Lajnah IT, PAS Kawasan Parit Buntar
Semua tulisan di dalam laman ini tidak semestinya melambangkan pandangan Parti kecuali jika dikatakan demikian
© 2014 PAS Parit Buntar
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.