Kami mengalu-alukan berita/rencara dari pelawat untuk diterbitkan di dalam laman ini terutama berita/isu tempatan.
Sila email kepada
ictpaspb @ gmail.com
semakan_spr.png

Login Form






Lost Password?

Utama arrow Berita arrow Berita Negeri arrow Penggunaan kalimah Allah perlu dikaji agar tidak disalah erti
Penggunaan kalimah Allah perlu dikaji agar tidak disalah erti PDF Print E-mail

BATU GAJAH , 4 Jan :  Keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, Herald-The Catholic Weekly menimbulkan pelbagai reaksi semua pihak sama ada pemimpin parti politik mahupun badan bukan kerajaan (NGO).

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun dalam al-Quran ada menyebut penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam tetapi dalam konteks penciptaan dan bukan ketuhanan.

Menurutnya, dalam konteks penciptaan memang Allah SWT ada menyebut bahawa penganut agama lain mengakui Allah SWT jualah yang menciptakan langit dan bumi.

“Tapi isu yang berlaku sekarang ini dari sudut pemahamannya cukup berbeza sama sekali malah kita semua khuatir bagaimanakah kalimah Allah itu ditafsirkan oleh pihak berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan ceramah umum di Kampung Seri Jaya, semalam.

Ibrahim berkata, banyak tanda tanya yang timbul malah rakyat turut mempersoalkan mengapa baru hari ini mahu dipohon menggunakan perkataan tersebut.

“Kita amat bimbang apakah terdapat tujuan lain oleh pihak berkenaan memohon untuk menggunakan kalimah Allah SWT. Kita bimbang sekiranya penggunaan itu untuk mempersendakan dan mempermainkan nama Allah SWT serta diletakkan di merata tempat yang tidak sepatutnya,” katanya.

“Kita juga tidak mahu ia mengelirukan orang Islam khususnya mereka yang baru memeluk Islam, yang tidak kuat iman dan jiwanya dengan Islam akhirnya akan menganggap bahawa di mana-mana pun sama.

“Inilah yang kita amat khuatir sedangkan konsep Allah dalam Islam adalah konsep tauhid dan bukan triniti malah berbeza sama sekali seperti yang diamalkan oleh agama lain. Alah dalam konteks Islam satu kalimah yang sangat suci,” katanya.

Katanya, PAS mendesak agar satu rayuan dibuat bagi meredakan segera permasalahan yang timbul ini.

“Kita mencadangkan agar Majlis Raja-Raja Melayu untuk campur tangan kerana ia melibatkan polemik yang akan menular.

“Saya turut menyeru agar semua ahli PAS hadapi dalam keadaan tenang dan jangan timbul polemik serta ikut arahan pimpinan malah yakin isu ini akan selesai dan tidak mahu orang lain mengambil kesempatan terhadapnya bagi menimbulkan isu lain,” katanya. SH
 
< Prev   Next >
Google

RSS Laman PAS Parit Buntar
RSS Berita Tempatan
RSS Berita Negeri
RSS Berita Semua 
(utk bloggers, boleh copy paste mana-mana link di atas ke dalam Bloglist)



Untuk menyumbang dana
--- sila salurkan melalui ---

Akaun PAS Kawasan Pt Buntar
 Bank Islam M'sia Berhad 
atas nama
PAS Kawasan Parit Buntar
(08022010016590)

--- atau melalui ---

Tabung Dana Perihatin
Bank Muamalat M'sia Berhad

atas nama
Jkuasa Dana JPR Pt Buntar
(0801-0000839-71-1)

--- atau melalui ---

Tabung Pembangunan Markaz
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Pembangunan Markas PAS Pt Buntar
(08022010022622)

--- atau melalui ---

Tabung Lajnah Kebajikan
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Dana Kebajikan Parit Buntar
(
08022010048488)


Stats Counter



Laman Web Rasmi PAS Parit Buntar diterbitkan oleh Lajnah IT, PAS Kawasan Parit Buntar
Semua tulisan di dalam laman ini tidak semestinya melambangkan pandangan Parti kecuali jika dikatakan demikian
© 2013 PAS Parit Buntar
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.