Utama arrow Berita arrow Berita Tempatan arrow PAS Parit Buntar bantah kenaikan harga gula
PAS Parit Buntar bantah kenaikan harga gula PDF Print E-mail

PARIT BUNTAR, 3 Jan. : PAS Parit Buntar hari ini membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan .

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid dalam satu kenyataan media menegaskan walaupun kenaikan sekadar 20 sen akan meninggalkan kesan rangkaian kepada kenaikan harga barangan lain.

“ Jika harga gula naik bolehkah kerajaan memberi jaminan tidak berlaku kenaikan harga susu, tepung, roti, biskut dan barang keperluan rutin yang lain," katanya

“ kerajaan sepatutnya memberi subsidi untuk barang keperluan bukan mengurangkan subsidi sehingga memberi kesan negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana” katanya

Fakhrurrazi berkata bahan keperluan seperti gula digunakan secara meluas oleh pengguna dan sebarang kenaikan harga akan menjejaskan semua pihak.

“ Bukan sahaja rakyat akan menanggung beban ini, malah kenaikan harga gula membawa kesan buruk kepada keadaan ekonomi negara” katanya

Menurutnya, kerajaan sepatutnya meningkatkan bilangan pengimport di kalangan syarikat tempatan atau menggunakan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan bagi mengimport bahan tersebut.

“ Apabila bilangan syarikat pengimport bertambah, rakyat akan mendapat tawaran harga paling minima dan murah kerana para pembekal gula terpaksa bersaing memenuhi keperluan rakyat.

“ Persaingan ini tidak wujud sekarang kerana perniagaan gula dimaklumkan hanya dimonopoli oleh tiga syarikat pengimport gergasi” katanya

Beliau berkata, rakyat harus menilai semula slogan 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya demi kepentingan rakyat.

" kenaikan harga gula bermaksud 1 Malaysia rakyat dibebankan, sebaliknya diutamakan syarikat pengimport gergasi yang mengaut keuntungan " katanya

Menurutnya , kerajaan turut membebankan rakyat dengan keputusan tidak memberi subsidi bagi roti putih dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

“ Sedangkan roti putih ini ialah barangan yang paling banyak dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

“ Rakyat yang susah sediakan makan tengahari dan makan malam untuk anak-anak dengan roti ini kerana tak mampu sediakan nasi dan lauk. Sekarang, kerajaan akan seksa mereka lagi bila harga putih ini naik” katanya

Terdahulu , harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak yang diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

 
< Prev   Next >
Google

RSS Laman PAS Parit Buntar
RSS Berita Tempatan
RSS Berita Negeri
RSS Berita Semua 
(utk bloggers, boleh copy paste mana-mana link di atas ke dalam Bloglist)



Untuk menyumbang dana
--- sila salurkan melalui ---

Akaun PAS Kawasan Pt Buntar
 Bank Islam M'sia Berhad 
atas nama
PAS Kawasan Parit Buntar
(08022010016590)

--- atau melalui ---

Tabung Dana Perihatin
Bank Muamalat M'sia Berhad

atas nama
Jkuasa Dana JPR Pt Buntar
(0801-0000839-71-1)

--- atau melalui ---

Tabung Pembangunan Markaz
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Pembangunan Markas PAS Pt Buntar
(08022010022622)

--- atau melalui ---

Tabung Lajnah Kebajikan
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Dana Kebajikan Parit Buntar
(
08022010048488)


Stats Counter



Laman Web Rasmi PAS Parit Buntar diterbitkan oleh Lajnah IT, PAS Kawasan Parit Buntar
Semua tulisan di dalam laman ini tidak semestinya melambangkan pandangan Parti kecuali jika dikatakan demikian
© 2010 PAS Parit Buntar
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.