Utama arrow Berita arrow Berita Tempatan arrow Rakyat perlu penjelasan GST
Rakyat perlu penjelasan GST PDF Print E-mail

PARIT BUNTAR , 30 Dis : Kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci kepada rakyat berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijangka dilaksanakan selepas bacaan kali kedua Rang Undang-Undang GST Mac tahun depan.

Pengerusi Lujnah Ekonomi dan Pembangunan PAS Parit Buntar, Dr Abd Rahman Bakar berkata, rakyat masih keliru mengenai pelaksanaan GST itu kerana akan menberi kesan kepada golongan miskin.

Menurutnya, setiap cukai yang dikeluarkan memberi kesan besar pada kewangan mereka dan jika GST mahu dilaksanakan, bagaimana rakyat hendak meneruskan kehidupan mereka.

“Ini yang kita musykil dan rakyat juga berhak untuk bimbang jika pelaksanaan GST akan membebankan mereka kerana perlu membayar pelbagai jenis cukai. Memang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan GST tidak akan membebankan rakyat kerana hanya empat peratus yang mahu dikenakan.

“Tetapi itu (empat peratus) hanya permulaan. Selepas itu kadarnya akan dinaikkan berperingkat-peringkat. Inilah kenyataan yang terpaksa dilalui oleh rakyat,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau mengulas jaminan Perdana Menteri mengenai pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan bagi barangan keperluan seperti beras, sayur, tepung dan gula.

Menurut Dr Abd Rahman, adakah rakyat hanya makan beras, sayuran, tepung dan gula sahaja serta bagaimana barangan keperluan harian lain yang sudah tentu harganya akan naik.

“Begitu juga dengan perkhidmatan, sudah tentu cajnya tertentu akan naik sehingga membebankan rakyat. Kerajaan sehingga kini gagal memberikan alasan mengapa GST hendak dilaksanakan.

“Adakah ia dapat membantu negara mengatasi penurunan dalam hasil cukai atau kerajaan berhadapan dengan masalah kewangan. Ini kerana, kerajaan menjangka pendapatan tahunan meningkat RM1 bilion dengan pelaksanaan GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan,” katanya.

Sementara itu, katanya, PAS Parit Buntar menyokong usaha Pakatan Rakyat menubuhkan Pasukan Khas Anti-GST bagi mengekang usaha kerajaan yang bercadang memperkenalkannya.

Ketua Penerangannya, Fakhrurrazi Khalid berkata, pasukan khas itu berperanan merangka pelan jangka pendek dan pertengahan untuk mengekang pelaksanaan GST, di samping akan memaklumkan serta menyedarkan rakyat mengenai kesannya.SH
 
< Prev   Next >
Google

RSS Laman PAS Parit Buntar
RSS Berita Tempatan
RSS Berita Negeri
RSS Berita Semua 
(utk bloggers, boleh copy paste mana-mana link di atas ke dalam Bloglist)



Untuk menyumbang dana
--- sila salurkan melalui ---

Akaun PAS Kawasan Pt Buntar
 Bank Islam M'sia Berhad 
atas nama
PAS Kawasan Parit Buntar
(08022010016590)

--- atau melalui ---

Tabung Dana Perihatin
Bank Muamalat M'sia Berhad

atas nama
Jkuasa Dana JPR Pt Buntar
(0801-0000839-71-1)

--- atau melalui ---

Tabung Pembangunan Markaz
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Pembangunan Markas PAS Pt Buntar
(08022010022622)

--- atau melalui ---

Tabung Lajnah Kebajikan
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Dana Kebajikan Parit Buntar
(
08022010048488)


Stats Counter



Laman Web Rasmi PAS Parit Buntar diterbitkan oleh Lajnah IT, PAS Kawasan Parit Buntar
Semua tulisan di dalam laman ini tidak semestinya melambangkan pandangan Parti kecuali jika dikatakan demikian
© 2010 PAS Parit Buntar
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.