Utama arrow Berita arrow Berita Tempatan arrow PAS Parit Buntar korban tujuh ekor lembu
PAS Parit Buntar korban tujuh ekor lembu PDF Print E-mail

 

DSCF6704.jpg picture by paspbPARIT BUNTAR, 29 Nov. : PAS Parit Buntar meneruskan aktiviti tahunan mengadakan majlis ibadah korban di perkarangan Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin pada Hari Raya Eidul Adha pertama. Sebanyak tujuh ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini.

Setiausaha majlis ibadah korban Khairulzami Muhammad berkata, pada tahun ini program ini diadakan di sebelah petang kerana kesuntukan masa untuk dilakukan pada sebelah pagi. 

“ Hari ini, 10 Zulhijjah 1430 H, kita umat Islam di Malaysia merayakan Eidul Adha dengan ibadat korban menjadi fokus utama sesuai dengan anjuran agama.

DSCF6702.jpg picture by paspb“ Dalam khutbah solat sunat Eidul Adha pagi tadi , umat Islam diingatkan semula dengan peristiwa korban Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail. Peristiwa korban yang terbesar dalam sejarah kehidupan manusia kerana melaksanakan perintah Allah” katanya

Beliau berkata, walaupun bilangan lembu korban bertambah pada tahun ini, kerja-kerja melapah dan memotong daging dapat dijalankan dengan lancar.

 “ Urusan pengagihan daging korban juga berjalan lancar, di mana wakil PAS Cawangan datang mengambil daging korban untuk diserahkan kepada fakir miskin di Cawangan masing-masing.

“ Istimewanya majlis ibadah korban PAS Parit Buntar pada tahun ini kerana termasuk dalam program ibadah korban bersama Ahli Parlimen PAS” Katanya

Khairulzami  mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu menguruskan ibadah korban PAS Parit Buntar pada tahun ini. 

Turut hadir ke majlis ibadah korban ini ialah Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Adun Titi Serong Khalil Idham Lim dan pimpinan PAS Parit Buntar. 

Sementara itu, program ibadah korban ini juga dilaksanakan oleh ahli-ahli PAS Cawangan di Markas, Surau dan Masjid tempat masing-masing. PAS Parit Buntar sangat mengalu-alukan ibadah korban yang dilakukan di Cawangan masing-masing. 

 

Gambar sekitar majlis korban PAS Parit Buntar

DSCF6701.jpg picture by paspb

 

DSCF6705.jpg picture by paspb

 
< Prev   Next >
Google

RSS Laman PAS Parit Buntar
RSS Berita Tempatan
RSS Berita Negeri
RSS Berita Semua 
(utk bloggers, boleh copy paste mana-mana link di atas ke dalam Bloglist)



Untuk menyumbang dana
--- sila salurkan melalui ---

Akaun PAS Kawasan Pt Buntar
 Bank Islam M'sia Berhad 
atas nama
PAS Kawasan Parit Buntar
(08022010016590)

--- atau melalui ---

Tabung Dana Perihatin
Bank Muamalat M'sia Berhad

atas nama
Jkuasa Dana JPR Pt Buntar
(0801-0000839-71-1)

--- atau melalui ---

Tabung Pembangunan Markaz
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Pembangunan Markas PAS Pt Buntar
(08022010022622)

--- atau melalui ---

Tabung Lajnah Kebajikan
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Dana Kebajikan Parit Buntar
(
08022010048488)


Stats Counter



Laman Web Rasmi PAS Parit Buntar diterbitkan oleh Lajnah IT, PAS Kawasan Parit Buntar
Semua tulisan di dalam laman ini tidak semestinya melambangkan pandangan Parti kecuali jika dikatakan demikian
© 2010 PAS Parit Buntar
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.