Utama arrow Berita arrow Berita Tempatan arrow Gelombang Pilihanraya : Nizar beri taklimat di Parit Buntar
Gelombang Pilihanraya : Nizar beri taklimat di Parit Buntar PDF Print E-mail
Image018-5.jpg picture by paspbPARIT BUNTAR, 25 Nov. : Taklimat persediaan pilihanraya bersama seluruh ahli dan penyokong PAS telah disampaikan oleh YB Mohd Nizar Jamaluddin pada 22 November lalu di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husain, Titi Serong.
Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, taklimat ini anjuran Dewan Pemuda PAS Parit Buntar dan Menteri Besar Pakatan Rakyat itu telah hadir untuk bertemu rakyat dan memberikan taklimat isu semasa sempena persediaan pilihanraya untuk seluruh jentera PAS di sini.
Program yang akan bermula jam 9.00 malam itu turut menyampaikan maklumat-maklumat penting kepada seluruh ahli dan penyokong agar mereka bersedia untuk pilihanraya di Perak pada bila-bila masa sahaja. Taklimat yang akan diberi lebih kepada maklumat terkini yang perlu diketahui.

"Banyak maklumat yang kita peroleh khususnya dari sumber dalaman UMNO sendiri yang menyatakan pilihanraya akan berlaku dalam waktu terdekat ini. Kita tidak boleh pandang ringan tentang soal gerakerja pilihanraya walaupun pada dasarnya Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 dalam masa dua atau tiga tahun lagi.

Image017-4.jpg picture by paspbAkan tetapi, dalam waktu terdekat ini kita khususnya dari Pemuda PAS akan terus bersiap sedia menghadapi Barisan Nasional (BN) sekiranya berlaku pilihanraya DUN Perak dalam waktu terdekat ini. Kita akan pastikan 500 pemuda PAS diseluruh Parlimen Parit Buntar bersedia menghadapinya.

Walaupun Pakatan Rakyat menang dikedua-dua DUN di Parlimen Parit Buntar iaitu di Titi Serong dan Kuala Kurau, kita perlu terus bekerja keras bagi mempertahankannya. Ini kerana kita tahu UMNO/BN juga bertindak sama bekerja bersungguh-sungguh untuk merampas kembali kerusi yang mereka kalah pada PRU 12 yang lalu."

Seluruh jentera dan ahli PAS yang hadir ke taklimat ini telah mendapat peransang bagi gerakerja pilihanraya dan seterusnya bersedia menghadapi pilihanraya.

" Bagi mereka yang sudah berumur 21 tahun ke atas daftarlah segera untuk mengundi. Pengundi berhak untuk memilih kerajaan yang benar-benar membela nasib rakyat secara telus, adil dan beramanah" katanya

 
< Prev   Next >
Google

RSS Laman PAS Parit Buntar
RSS Berita Tempatan
RSS Berita Negeri
RSS Berita Semua 
(utk bloggers, boleh copy paste mana-mana link di atas ke dalam Bloglist)



Untuk menyumbang dana
--- sila salurkan melalui ---

Akaun PAS Kawasan Pt Buntar
 Bank Islam M'sia Berhad 
atas nama
PAS Kawasan Parit Buntar
(08022010016590)

--- atau melalui ---

Tabung Dana Perihatin
Bank Muamalat M'sia Berhad

atas nama
Jkuasa Dana JPR Pt Buntar
(0801-0000839-71-1)

--- atau melalui ---

Tabung Pembangunan Markaz
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Pembangunan Markas PAS Pt Buntar
(08022010022622)

--- atau melalui ---

Tabung Lajnah Kebajikan
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Dana Kebajikan Parit Buntar
(
08022010048488)


Stats Counter



Laman Web Rasmi PAS Parit Buntar diterbitkan oleh Lajnah IT, PAS Kawasan Parit Buntar
Semua tulisan di dalam laman ini tidak semestinya melambangkan pandangan Parti kecuali jika dikatakan demikian
© 2010 PAS Parit Buntar
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.