semakan_spr.png

Al-Quran Karim

Events Calendar

« < February 2010 > »
S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 1 2 3 4 5 6

Latest Events

No events

IP


Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Utama arrow Berita arrow Berita Tempatan arrow Laksanakan resolusi memperkasakan PAS
Laksanakan resolusi memperkasakan PAS PDF Print E-mail

DSCF66221.jpg picture by paspbPARIT BUNTAR, 11 Nov. : Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa yakin PAS akan dapat mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti itu, sekiranya melaksanakan resolusi yang dicapai dalam Seminar Memperkasakan PAS.

Menurut beliau lagi Seminar Memperkasakan PAS yang telah diadakan baru-baru ini harus dilihat sebagai satu tindakan yang baik bagi merumuskan suatu plan tindakan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13.

“ PAS perlu mengekalkan sokongan  pengundi Melayu-Islam dan melebarkan sokongan kepada pengundi bukan Melayu” katanya

Seminar politik memperkasakan PAS yang dihadiri oleh perwakilan daripada seluruh negara meluluskan lima rosolusi hasil perbahasan daripada perwakilan dari setiap negeri, sayap-sayap parti serta kelab penyokong PAS.

Bahrain berkata, pandangan yang diberikan oleh dua tokoh akademik seperti Dr.Aziz Bari dan Dr.Abu Hassan Hasbullah harus dijadikan sebagai titik tolak untuk kepimpinan PAS muhasabah diri dan melihat kekurangan yang ada bagi memperbaiki keadaan.

“ Saya harap kepimpinan PAS di semua peringkat serius melaksanakan resolusi seminar,supaya apa yang dihasratkan untuk memperkukuhkan PAS menjadi realiti” katanya

Beliau berkata, selain memperkatakan pelan kemenangan Pakatan Rakyat, resolusi seminar turut menyentuh usaha memperkukuh semangat setiakawan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat Kawasan dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat

“ Resolusi seminar menegaskan PAS menutup sepenuhnya pintu rundingan dengan  Umno melalui idea Kerajaan Perpaduan” katanya

Menurutnya lagi, persepsi rakyat terhadap PAS akan berubah positif sekiranya resolusi seminar ini dilaksanakan.

Sekaligus, ianya menyekat usaha Umno yang mahu memecahbelahkan kerjasama parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebelum menjelangnya pilihanraya umum ke 13.

Bahrain yang terlibat sebagai perwakilan seminar berkata ,selepas seminar berakhir wujud keyakinan PAS akan lebih proaktif dalam memperkukuhkan parti dan juga Pakatan Rakyat.

Seminar yang dihadiri lebih 1,000 peserta dari seluruh negara itu mengundang dua tokoh akademik sebagai ahli panel iaitu pensyarah  Universiti Islam Antarbangsa (UIA) Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan pensyarah dari Universiti Malaya (UM) Dr. Abu Hassan Hasbullah serta Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga pengerusi jawatankuasa disiplin parti.

 
< Prev   Next >
Google

RSS Laman PAS Parit Buntar
RSS Berita Tempatan
RSS Berita Negeri
RSS Berita Semua 
(utk bloggers, boleh copy paste mana-mana link di atas ke dalam Bloglist)


Untuk paparan terbaik,
dan browser lebih selamat
gunalah Mozilla Firefox 2.0
klik butang di bawah untuk download
Firefox 2

Untuk menyumbang dana
sila salurkan melalui
 Bank Islam M'sia Berhad 
atas nama
PAS Kawasan Parit Buntar
(08022010016590)

atau melalui
Tabung Dana Perihatin
Lajnah Kebajikan
Bank Muamalat M'sia Berhad

atas nama
Jkuasa Dana JPR Pt Buntar
(0801-0000839-71-1)


Kami mengalu-alukan berita/rencara dari pelawat untuk diterbitkan di dalam laman ini terutama berita/isu tempatan.
Sila email kepada
ictpaspb @ gmail.com
Laman Web Rasmi PAS Parit Buntar diterbitkan oleh Lajnah IT, PAS Kawasan Parit Buntar
Semua tulisan di dalam laman ini tidak semestinya melambangkan pandangan Parti kecuali jika dikatakan demikian
© 2010 PAS Parit Buntar
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.