Utama arrow Berita arrow Berita Tempatan arrow 'Banner' provokasi tidak jejaskan PAS
'Banner' provokasi tidak jejaskan PAS PDF Print E-mail

DSCF6629.jpg picture by paspbPARIT BUNTAR, 9 Nov. : Perbuatan tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak menggantungkan 'banner' provokasi terhadap PAS tidak akan memberi kesan kepada komitmen PAS dalam Pakatan Rakyat.

'Banner' yang tertera ‘ Tok Guru diperkuda Anwar” dan diletak gambar Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Exco kerajaan Kelantan Dato’ Husam Musa didakwa bersifat provokatif telah digantung di beberapa tempat di Parit Buntar.

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, tindakan ini bukan dilakukan oleh ahli dan penyokong PAS tetapi dipercayai dilakukan oleh musuh politik PAS yang tidak mahu PAS bersama Pakatan Rakyat

IMG_1467.jpg picture by paspbKetika ditemui, Fakhrurrazi percaya perbuatan pihak berkenaan merupakan satu fitnah jahat yang berbau hasutan dan berniat untuk memburukkan nama baik pimpinan PAS.

"Saya percaya perbuatan ini dilakukan semata-mata untuk menunjukkan seolah-olah PAS berpecah. Sedangkan sebenarnya mereka bimbang dengan pengukuhan PAS dalam Pakatan Rakyat " katanya.

Beliau juga difahamkan banner tersebut banyak digantung di sekitar kawasan lain dalam negeri Perak dan meminta petugas PAS menurunkan dengan segera sebaik sahaja ianya dikesan.

“ PAS tidak akan tergugat dengan kehadiran ‘banner’ ini kerana kita dapat agak pihak yang melakukannya” katanya

Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab jangan sekali-kali melakukan tindakan “baling batu sembunyi tangan’ kerana tindakan berkenaan adalah tindakan pengecut.

 
< Prev   Next >
Google

RSS Laman PAS Parit Buntar
RSS Berita Tempatan
RSS Berita Negeri
RSS Berita Semua 
(utk bloggers, boleh copy paste mana-mana link di atas ke dalam Bloglist)



Untuk menyumbang dana
--- sila salurkan melalui ---

Akaun PAS Kawasan Pt Buntar
 Bank Islam M'sia Berhad 
atas nama
PAS Kawasan Parit Buntar
(08022010016590)

--- atau melalui ---

Tabung Dana Perihatin
Bank Muamalat M'sia Berhad

atas nama
Jkuasa Dana JPR Pt Buntar
(0801-0000839-71-1)

--- atau melalui ---

Tabung Pembangunan Markaz
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Pembangunan Markas PAS Pt Buntar
(08022010022622)

--- atau melalui ---

Tabung Lajnah Kebajikan
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Dana Kebajikan Parit Buntar
(
08022010048488)


Stats Counter



Laman Web Rasmi PAS Parit Buntar diterbitkan oleh Lajnah IT, PAS Kawasan Parit Buntar
Semua tulisan di dalam laman ini tidak semestinya melambangkan pandangan Parti kecuali jika dikatakan demikian
© 2010 PAS Parit Buntar
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.