PARIT BUNTAR , 2 Sept. : Bagi
menyelesaikan pelbagai masalah membabitkan perlesenan dan
persempadanan laut, Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar mengadakan
sesi dialog antara Jabatan Perikanan, Maritim dan Persatuan Nelayan,
kelmarin.
Ahli
Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, masalah
perlesenan, pencerobohan sempadan laut antara Perak dan Pulau Pinang
sering diutarakan termasuk isu pukat Apollo.
Menurutnya, persoalan yang dikemukakan nelayan adalah lesen yang lewat
diproses, masalah nelayan sampan yang ditahan kerana pencerobohan
perairan negeri lain, prosedur tindakan bot yang ditahan akibat beberapa
kesalahan dan tindakan undang-undang yang tidak telus.
SELINSING , 2 sept : Pada Sabtu, 22 Ogos 2010 YB Husin Din telah berkesempatan untuk
hadir bersama Ustaz Zawawi Bin Abu Hassan,Ketua Pemuda PAS Perak
merangkap Ketua Pemuda PAS Bagan Serai serta wakil dari PASTI Kawasan
Bagan Serai bagi dua majlis menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga
yang ditimpa musibah di dalam kawasan DUN Selinsing.Turut hadir dalam
majlis tersebut ialah wakil muslimat DUN Selinsing bagi tujuan ziarah
dan juga menyampaikan sumbangan tersebut.
Keluarga pertama yang
diziarahi ialah keluarga Encik Umar dan Puan Zaiton di Kampung Sama
Gagah Selinsing dimana rumah yang didiami mereka hangus dijilat api
dalam satu kejadian kebakaran yang memusnahkan semua bahagian rumah dan
keperluan harian mereka.
Kini, semua ahli keluarga mereka
ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Sama Gagah untuk tempat
berteduh sementara sebelum ikhtiar lain diusahakan bagi penempatan
mereka bagi menggantikan rumah mereka yang hangus terbakar.
PARIT BUNTAR , 1 Sept. : Sempena dengan kedatangan Ramadan, Dewan Pemuda PAS Parit Buntar telah mengadakan program jelajah kebajikan melibatkan dua DUN di parlimen Parit Buntar.
Pengerusi Lujnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Parit Buntar Noraidi Mat Isa berkata, sebanyak 38 buah keluarga daripada sebelas cawangan PAS di Parit Buntar telah diziarahi oleh rombongan jelajah kebajikan ini.
“ Disamping bertanya khabar dan mendengar keluhan penduduk Pemuda PAS Parit Buntar juga menyumbangkan keperluan harian seperti beras,gula ,susu, teh dan minyak masak.
PARIT, 1 Sept : Bertempat di Pondok Pengajian Darul Mubarak, Kg. Seleboh Parit pada 28 Ogos lalu telah berlangsungnya program memperingati Badar Al-Qubra.
Program bermula seawal 9.00 pagi di mana beberapa aktiviti telah diajalan sepanjang hari ini. Antara aktiviti yang di laksanakan ialah program penyerahan sumbangan kepada fakir miskin, edaran risalah di bazar ramadah dan tazkirah zohor.
Pada sebelah petangnya acara kemuncak ialah taklimat khas Tuan Guru Presiden Dato' seri Haji Hadi Awang di Perkarangan Pusat Pengajian Darul Mubarak. Taujihat khas untuk kepimpinan Negeri, Dewan dan Kawasan ini bermula sekitar jam 5.30 petang dengan ucapan aluan Pesuruh Jaya PAS Perak AF Ustaz Abu Bakar Hussin.
TELUK INTAN, 1 Sept. : PAS Cawangan Kg. Bahagia, Teluk Intan adalah antara cawangan PAS yang begitu konsisten di dalam khidmat kebajikan kepada masyarakat bersempena bulan Ramadhan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada petang ini satu satu majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadhan.
Menurut Pemangku Ketua Cawangan, Sdr. Sayuti pada tahun ini seramai 40 orang golongan kurang mampu dan 20 orang anak yatim telah menerima sumbangan Ramadhan.
Beliau berkata pada tahun ini, kutipan dana bagi program tersebut telah meningkat berbanding tahun sebelumnya. Oleh itu, bilangan penerima dan nilai sumbangan telah dinaikkan.
TELUK INTAN, 31 Ogos : Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan. Sesuai dengan berkatnya bulan tersebut maka bantuan kepada golongan yang kurang mampu tidak henti-henti diadakan sejak bermualnya bulan Ramadhan.
Begitu juga yang tercatat di dalam diari ADUN Changkat Jong yang sentiada penuh dengan jadual menyampaikan sumbangan.
Baru-baru ini ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan al mubarak di Surau Al Khairiah, Kg. Padang Tembak Dalam.
TAIPING, 31 Ogos : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah menjalankan satu program khas sempena Sambutan Kemerdekaan Negara ke - 53 pada malam sambutan yang telah diadakan di sekitar Taman Tasik Taiping.
Program yang dinamakan 'Xpdc Dakwah' yang diketuai oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Azman Shapawi Abdul Rani dan pimpinan Dewan Pemuda PAS seluruh Negeri Perak.
Edaran risalah kesedaran maksud kemerdekaan sebenar kepada anak muda dan juga kesedaran berkaitan gejala sosial yang menimpa remaja sekarang ini. Pemuda PAS juga meminta setiap remaja yang belum mendaftar supaya mendaftar sebagai pemilih baru.
Laman Web Rasmi PAS Parit Buntar diterbitkan oleh Lajnah IT, PAS Kawasan Parit Buntar
Semua tulisan di dalam laman ini tidak semestinya melambangkan pandangan Parti kecuali jika dikatakan demikian