IPOH, 27 Jan. : UMNO jelas menyalahgunakan wang rakyat kerana memanipulasi
pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 seolah-olah duit itu
datang dari wang UMNO., tegas Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar
Hussian.
Beliau menyatakan, buktinya kita dapat lihat di seluruh pelusuk
Negeri Perak kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah
pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 ini adalah pemberian
UMNO BN.
Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan lagi, Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M) RM500 adalah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber
pendapatan Negara, Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini
adalah wang rakyat bukan wang UMNO.
TELUK INTAN, 26 Jan. :
Hampir 20 buah rumah telah diziarahi ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd.
Anuar Sudin semasa melakukan Program Ziarah Rakyat ke Ganda dan Kg. Sg.
Cawang.
Turut serta program tersebut
ialah Timbalan YDP PAS kawasan Sdr. Rahmat Maliki, Timbalan Ketua Dewan
Muslimat kawasan Pn. Hjh. Faridah Rajiah, dan ahli jawatankuasa PAS
kawasan Sdr. Aamir.
Turut membantu ialah Ketua dan Timbalan DHPP
kawasan, Sdr. Hacharan Singh dan Sdr. Sarguna serta beberapa orang AJK
DHPP kawasan.
IPOH, 26 Jan. : Jambatan baru yang hanya sempat digunakan sebulan oleh penduduk,
tiba-tiba runtuh dipercayai akibat struktur binaan yang tidak
kukuh.
Jambatan berukuran sembilan meter panjang untuk kegunaan lebih 300
penduduk di Taman Gopeng Baru dekat Gopeng itu, dibina oleh sebuah kontraktor
yang dilantik oleh Majlis Daerah Kampar (MDK) itu.
Kejadian pada jam
10.30 malam itu hampir meragut nyawa seorang penunggang motosikal yang melalui
kawasan berkenaan.
IPOH, 25 Jan.: Kekerapan Predana Menteri Datuk Seri
Najib Razak yang juga Presiden Umno turut ke Perak sejak kebelakangan
ini menimbulkan pelbagai persoalan termasuk adakah BN pnegeri itu sedang
menghadapi masalah besar.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri
Perak, Salman Saleh berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu malah
menambah ianya juga mungkin kerana BN tidak yakin pada PRU-13 nanti
rakyat Perak akan bersama mereka.
Menurut Salman, umum maklum
bahawa pada 13 Januari yang lalu, Najib telah pun berada di Perak dalam
satu program khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN seluruh
negara yang berkampung di Perak ketika itu.
Kini, selang dua
minggu pula, Najib akan sekali lagi turun di Perak sempenan Sambutan
Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan pada 28 Januari ini di Setiawan,
tambahnya lagi.
TELUK INTAN, 25 Jan. : Ujian dari Allah SWT dalam perjuangan
adalah untuk menguji keimanan dan mengukuhkan perjuangan seorang anggota
jemaah atau parti. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor Ustaz Sallehen Muhyi di dalam majlis Liqa Fikri PAS
Kawasan Teluk Intan baru-baru ini.
Program bulanan tersebut telah
diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat
sini.
Menurut Ustaz Sallehen lagi, ujian juga bertindak sebagai mekanisme
penapis dalam jemaah atau parti.
Dengan adanya ujian dalam perjuangan,
sesebuah parti itu akan mengalami mengalami proses penapisan ahli yang
akan menyelamatkan parti dari unsur-unsur yang tidak sihat. Beliau telah
membentangkan kertas kerja yang bertajuk " Peranan Tarbiyyah Kepada
Petugas-petugas Pilihanraya".
PADANG RENGAS, 23 Jan. : Pertandingan bola sepak 9 sebelah anjuran SEMARAK Padang Rengas telah
berlangsung dengan jayanya dengan menyaksikan penyertaan 22 buah pasukan
sekitar kawasan Padang Rengas serta kawasan yang berhampiran.
Pertandingan yang menawarkan hadiah berjumlah RM 500 (Johan), RM 300
(Naib Johan), RM 150 (ke-3) serta RM 100 (ke-4) telah dilangsungkan di
Padang Sekolah Kebangsaan Sauk.
Pertandingan yang dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam
6.30 petang menyaksikan pasukan I.B.U Kati Senior F.C telah muncul
sebagai juara mengalahkan pasukan Seterus F.C.
Manakala tempat ke-3 dan
ke-4 disandang oleh pasukan Harimau H dan MOG SSU.
PARIT BUNTAR, 21 Jan. : Dewan Muslimat PAS Parit Buntar dengan kerjasama Unit Amal Parit Buntar serta Nisa' Parit Buntar terus menabur bakti kepada masyarakat dengan bergotong royong memperbaiki dan menganti bumbung rumah seorang penduduk di Parit Haji Abd Rahman di sini.
Ketua Muslimat PAS Parit Buntar Rahimah Osman berkata, Dewan Muslimat mengambil inisiatif bergotong royong kerana prihatin terhadap keadaan rumah yang uzur pasangan warga emas Ahmad Haji Salleh, 70 dan Normah Ariff , 63.
" Dewan Muslimat telah menjalankan kutipan derma untuk menampung keseluruhan kos membeli zink yang baru.
IPOH, 20 Jan. : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian
menyatakan, Usaha BN untuk melihat PR berpecah menemui jalan buntu,
malahan hubungan PR semakin akrab dan kini ternyata pemimpin BN semakin
gerun melihat pencapaian empat kerajaan PR yang terbukti dan teruji.
Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, apa yang menggerunkan UMNO BN ialah
komitmen PR dengan janji 10 perkara dalam masa 100 hari. Tujuannya ialah
supaya rakyat tidak perlu menunggu selama lima tahun untuk melihat
perubahan yang akan dibawa di negara ini.
Beliau menyatakan lagi semua ini bukannya retorik tetapi mampu untuk
melaksanakan sehingga mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara.
Rakyat sudah mula berfikir jika PR mampu mengurus negeri, walaupun
dengan kekangan kewangan maka sudah pasti PR lebih mampu jika diberi
mandat untuk memerintah di peringkat pusat.
Laman Web Rasmi PAS Parit Buntar diterbitkan oleh Lajnah IT, PAS Kawasan Parit Buntar
Semua tulisan di dalam laman ini tidak semestinya melambangkan pandangan Parti kecuali jika dikatakan demikian